Monday 24 November 2014

Petua Elak dan Menyembuhkan Selsema

Assalamualaikum viewers!

harini mummy nak bagi info sikit pasal petua nak elakkan selsema..bukan ape..mummy tengah selsema teruk ni..sebab berjangkit dari Aiyan haritu..mummy bagi petua ni pada mereka yang dah dapat rase dia nak kene selsema..mummy tak sempat nak elak..dah kenaa!hahahahaha.

..oke ni ade sikit petua tau..info ni ade dari pada mak mummy and encik google..nanti bolehla ikut mane yang rase termampu..tak salah kalau kita mencuba kan kan kan..?sepp sikitt!

1. Mandi air suam di waktu petang. Kemudian amalkan minum air halia seminggu sekali. Selain itu, cucilah lubang hidung dengan air bersih setiap kali mandi.

2. Manakala kalau sudah dijangkiti selesema, di antara petua untuk menyembuhnya adalah seperti berikut:

Pilihan 1 : Ambil sebuku halia yang telah dibersihkan. Hidu baunya.

Pilihan 2 : Ambil secawan air didihan beras (waktu mendidih). Tunggu sehingga suam dan barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering tekak itu sembuh.

Pilihan 3: Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.
 *ni macam rumit sikit.untuk mummy yang pemalas ni..nann hadooo!!*

Pilihan 4: Selsema pada musim hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

...haaaa tu dia ade a few yang boleh kite follow..kalau ade style sendiri dan mujarab sila teruskan and boleh share dengan mummy ok!

selamat mencuba semua!

* * * * * * * * * * *

mowtif daddy snap gambar mummy ketika tengah menghembuskan hingusan hijauuu???

* * * * * * * * * * *

No comments:

Post a Comment