Monday 24 November 2014

Plan B kami

Assalamualaikum semua..!

sape pegi sabtu lepas ke karnival upin ipin kat putrajaya tu?sape sape??angkat tangan!

..haaaa mesti ramai yang nak pegi tapi akhirnya kecundang macam mummy kan kan kan!hahahahah
..ikutkan memang kami nak bawak aiyan pergi ke PICC Putrajaya tu tengok Upin Ipin..tapi memandangkan kawan mummy bagitau yang dia dah sampai and tempat tu tersangatlahhhhh crowded..so mummy and daddy pun tak berpikir panjang untuk meng-cancel-kan niat kami ke sana..

yelaaa..mummy ade anak kecik..aiyan bukan suke sangat berasak asak ngan orang reramai camtu..silap silap haribulan upin ipin ntah kemana mummy and daddy gadoh plak!hahahah..

so kami tukar plan untuk pergi ke Setia City Mall Shah Alam..mummy suke gi situ sebab tempat dia besar and parking pun senang.

..tapi kami keluar pun tak lama..kejap je..nak bawak aiyan jenjalan kat molly fantasy tu..sebab petang tu kami ke rumah tok uncle aiyan kat kiara view..

so enjoy la tengok gambar kami ni ye..hihihi..abaikan mummy yang debab tuh!

* * * * * * * * * * *

 my little family

 daddy and mummy

 ecececeh..konon mandang tempat lain la tuh!

seronok ye sayang?

2 years 2 month

 besaqnya mata!

 daddy tunggu kat luar ye..aiyan nak main jap!

pandainyaaaaa anak mummy!!

 mummy lupe ape nama eskem tu..tapi siyes..mmg panjang!dalam kon aiskrim tu memang penuh dengan aiskrim tau..bestt!!

 dah sampai umah tok uncle..merajuk sebab mummy tak kasi mandi pool..
tapiii......

 ..akhirnya mandi jugak secara berjemaah dengan sepupu sepapat aiyan yang lain..
muke daddy tu apsal?eiii tak malu nampak nenen!

umah baru tok uncle best sebab ade bilik karaokeee!

* * * * * * * * * * *


Petua Elak dan Menyembuhkan Selsema

Assalamualaikum viewers!

harini mummy nak bagi info sikit pasal petua nak elakkan selsema..bukan ape..mummy tengah selsema teruk ni..sebab berjangkit dari Aiyan haritu..mummy bagi petua ni pada mereka yang dah dapat rase dia nak kene selsema..mummy tak sempat nak elak..dah kenaa!hahahahaha.

..oke ni ade sikit petua tau..info ni ade dari pada mak mummy and encik google..nanti bolehla ikut mane yang rase termampu..tak salah kalau kita mencuba kan kan kan..?sepp sikitt!

1. Mandi air suam di waktu petang. Kemudian amalkan minum air halia seminggu sekali. Selain itu, cucilah lubang hidung dengan air bersih setiap kali mandi.

2. Manakala kalau sudah dijangkiti selesema, di antara petua untuk menyembuhnya adalah seperti berikut:

Pilihan 1 : Ambil sebuku halia yang telah dibersihkan. Hidu baunya.

Pilihan 2 : Ambil secawan air didihan beras (waktu mendidih). Tunggu sehingga suam dan barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering tekak itu sembuh.

Pilihan 3: Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.
 *ni macam rumit sikit.untuk mummy yang pemalas ni..nann hadooo!!*

Pilihan 4: Selsema pada musim hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

...haaaa tu dia ade a few yang boleh kite follow..kalau ade style sendiri dan mujarab sila teruskan and boleh share dengan mummy ok!

selamat mencuba semua!

* * * * * * * * * * *

mowtif daddy snap gambar mummy ketika tengah menghembuskan hingusan hijauuu???

* * * * * * * * * * *

Friday 21 November 2014

Rindu Mummy ke idok???

Da berkurun rasenye mummy tinggalkan blog ni..aiseh..sebenarnya bukan ape..lupe password..hahahahahahaha..banyak sangat urat putus..kahkahkahkah.

alaaa mesti rindu yang membuak buak kat mummy kann..curlas!

hah ape??bukan mummy??

dah tu kalau bukan rindu mummy..rindu sape?aiyan??

..ok fine! *flip tudung*

hahaha..ok ni mummy nak cite baru baru ni aiyan dapat offer dari Baby Kiko tuk jadi model 2015 new collection dierang and tuk RTM tahun depan..Alhamdulillah aiyan tak meragam sangat,cuma dia agak moody bile orang asyik nak pegang dia.. *diva sangat aiyan ni*

ade a few je gambar yang mummy sempat snap..almaklumlah..aiyan kan handbag bergerak mummy..so mummy asyik mengangkuttt je dia kat pinggang mummy ni..sampai macam kerengga dah pinggang mummy ni!..

..oke yang tu tipu! :P

lokasi penggambaran kat Quill City Mall..cantik tempat dia.tempat baru kan mestilah cantekk!

* * * * * * * * * * *

ni kami baru sampai..aiyan baru bangun tido..so kena bagi dia warm up dulu..hehe..kalau tak dia mesti meragam.

 haaa nampak nampakk!dah oke da tu skittt! yeayyy..

 sesi menukar baju Baby Kiko

 naseb dia tak nangis..risau jugak kalau dia nangis..hurmm..

 mainan aiyan pun mummy bawak..nak pujuk la katekan!

 haaa..aiyan in action..yeayy!
hensemnye anak mummy ni..*chupchup*

zaman mummy dah berakhir..kini anak mummy plak yang amik takhta..hahahaha..

* * * * * * * * * * *

lepas abis shooting..mummy pun belanja aiyan main ikut suke dia..yelaa dia da penat bekerja..hahahahahah..so upah la sket kat anak bujang mummy nii..sian dia!

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar and baik..untuk KIKO,terima kasih sebab panggil aiyan tuk jadi model KIKO 2015..

InsyaAllah aiyan akan keluarlah gambar aiyan tahun depan!

Thursday 12 December 2013

Belly Baby

mummy so so so so so rindu belly tummy dolu dolu..haihhhh! :')

* * * * * * * * * * *

 7 weeks..tapi mummy taktau pun mummy pregnant time ni..
mummy sangat lasak kat USS that time..
syukur alhamdulillah :)
 
 3 months..doc kate besar..tapi mummy rase ok jee.. gagah lagi ni berjalan..

 5 month..suka betul jiji peluk mummy..
jiji ni cousin mummy :)

 7 months..sangat aktif sampai baby pun tak sabar nak kuar :)

 a day before deliver..still sengeh..tapi alhamdulillah mummy cuma rasa sakit selama 6 jam sahaja.
yelaa selalunya doc cakap anak pertama kan tak de pengalaman..so mungkin amik masa 10-12 jam..
tapi dengan kuasa Allah mummy cuma menahan sakit  selama 6 jam..Allah permudahkan segalanya..

now belly baby da hilang sebab baby da kuar..cuma tinggal lelemak jee..hahaha


tapi mummy nak cuba mendapatkan balik badan yang dulu..yang macamni..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
mampu??????
nangis mummy tengok gambar dolu dolu uolss..
okeh..sila yakinkan mummy..pliss! 
:'(

* * * * * * * * * * *


Gossip Girl

assalamualaikum uolssss..ok tak arini ??mummy pose arini..pose ganti..insyaAllah kalau pose arini sampai ke maghrib..maknanya tinggal lagi 2 hari mummy nak kena ganti pose..yahooooo!!alhamdulillah :)

ade rase cam nagntuk tak?macam mummy skang ni haaa..mata rasa bagaikan di gam gam dengan gam uhu jee..ngantok okeh!tadi drive ke opis pun mata hampir tertutup..so nak bagi segar mata..mummy jeritt super dupper..tapi kecundang..same je ngantok nyee..hmmmm..

orait!2 hari lepas mummy jumpe kak awin, ex-office mate mummy dulu..alaaa mummy penah post entry pasal dia previously..

so sesaje melepakkan diri berdua..heheh aiyan tak ikut..mesti uolss tau sebab ape kann..!

because of MINION laaa..ape lagii!haihh..takpelah sayang..asalkan aiyan bahagia mummy juga turut bahagia..:)

kami pun makan dengan rasa bahagia..sebab selalunya aiyan, kalau dia follow mummy..dia akan ukur kawasan kedai..sukeeeeee sangat ajak mummy jalan jalan pusing kedai..haihhh anak anakkk!

so mummy dapat la makan secara tenang sket aritu..tapikann yelaa..mummy ni kan da jadi mak mak.so sentiasa ingat kat anak jugak..tak boleh lupa..anak oooo!!

ok ok sambung cite..

kami berdua makan kat area rumah mummy je..kat 21 grill western food, kuang.makan kat sini alhamdulillah sedap..!mummy bagi 3.5 star..haaa gittewww!

mummy order ciken chop and kak awin makan grill ciken..if uolss minat nak try makanan kat tempat ni..mummy rekemen kan..sebab harga ok boleh tahan and somemore dia masak sedap..so crunchy!!kalau kat rumah agaknya mummy da jilat jilat pinggan tu..hahahahah.

kedai dia tepi jalan jee..tapi berkonsepkan kayu kayuan laa..cantik and selesa..ada tempat untuk bersila, ada tempat makan kat luar, kat dalam and so on lah..must try okeh!

makan punye makan..tengok tengok jam da kul 10.30..aiyooo!tetibe mummy sakit perut nak terberi plak..hahahah sempat singgah kat petronas je melabur jap..kalau terus balik umah..mau tercicir dalam kete kak awin tu..hahahaha dapat perfume baru tuk kak awin!hikhikhikhikhik..

* * * * * * * * * * *

 haa..nilah kak awin tu.. :)

menu dia pun menarik

side order dia murah..kena cuba tau!

 yang ni dishes kak awin

 yang ni plak mummy punyeee..crunchy uolsss!!
arghhhh craving plak mummy skang!

 eh eh mummy lah..hehehe

 yang set kak awin ni..dia skali ngan carrot kek tu haa and include ice lemon tea skali..dap dappp!!

 haruslah berphoto bersama kan..hehehe

eh eh mummy lagi lahh..hahahah

* * * * * * * * * * *

okeh..nanti kita sambung lain entry lagi okeh!

pasal makan jugak??okee??mummy okeh jeee..sebab mummy sukeee makannn!nyum nyummmm!!hehehe.. :)


Tuesday 10 December 2013

Meet My Chef Kecil

memandangkan mummy rajin yang teramat ari ahad lepas..hehehe..soo mummy masak dengan pelbagai jenis masakan okeh aritu..alhamdulillah semua makan dengan berselera n sodap kate mereka..hahahahha..

ade kekembangan sikit di situ..daddy tambah nasi bertingkek tingkek..heheheh

actually menunggu family mummy yang pegi bercuti ke cameron highlands jumaat lepas tu..so mesti dierang dari sane nanti penat and lapar..so mummy pun masakla dengan penuh kasih sayang..heheh

..tapi sorryyyyy..mummy terlupa nak upload gambar ape yang mummy masak..almaklumlaaa..masak sambil jadi babysitter kan..tak dan nak bergambar sangat..ini pun daddy yang snap..

so that day mummy masak:-

1. kerabu sayur pedas..nyum nyumm!
2. sayur campur..ni makanan daddy sebab tak pedas langsung!
3. Ikan tongkol and tempe goreng berlada
4. sotong & cendawan goreng tepung
5. rendang ayam
6. telur dadar kasih sayang mummy..haaaa kelas tak nama dia??hahahah

* * * * * * * * * * *

 assistant mummy..haihhh!

cuma berminat nak main air dan basahkan baju dia..sayangggg sayang!

* * * * * * * * * * *

..overall umi aiyan kate..sodap sampai semua tertidurrr lepas makan!hahahaha..

alhamdulillah semua kate sedap..oke..kembang lagi! :P
 

Eril & Oshin E-Day

okeh..cerita jumaat da settle..so now cerita ari sabtu plak..

aritu kami sekeluarga menghantar rombongan meminang untuk sepupu daddy,eril ke muar. alhamdulillah semuanya da settle dan eril da selamat jadi tunangan kepada cik oshin..

memula ingat lepas abis majlis tu kami nak ke danga bay..saje je nak tido sane..tapi last last tak jadi plak..sebab rase macam waste money plak..so kami pun balik after that..

insyaAllah ade rezeki kami ke sane semula..yeayy!!

..by the way, selamat bertunang eril & oshin.. :)

* * * * * * * * * * * 

 hantaran untuk pihak perempuan..cantik kan!

 huiii..cahaya keimanan di muka mummy..eh?hahahah

 kami suka jalan jalan yeayyy!!

budak botak tecik mummy :)

 mummy da join department mak mak okeh..hahahah

the dayang's..okeh sila pilih! :)

hantaran mereka

 ni la tunangan eril..oshin :)

 family eril..yang berdiri tu lah eril :)

 haihh..aiyan kalau nampak pompuan..cemtulah dia 

 tahniah oshin :)

bakal pengantin dan bakal adik dan kakak iparnya

* * * * * * * * * * *

ok..abis da..baiii!!