Monday 24 November 2014

Plan B kami

Assalamualaikum semua..!

sape pegi sabtu lepas ke karnival upin ipin kat putrajaya tu?sape sape??angkat tangan!

..haaaa mesti ramai yang nak pegi tapi akhirnya kecundang macam mummy kan kan kan!hahahahah
..ikutkan memang kami nak bawak aiyan pergi ke PICC Putrajaya tu tengok Upin Ipin..tapi memandangkan kawan mummy bagitau yang dia dah sampai and tempat tu tersangatlahhhhh crowded..so mummy and daddy pun tak berpikir panjang untuk meng-cancel-kan niat kami ke sana..

yelaaa..mummy ade anak kecik..aiyan bukan suke sangat berasak asak ngan orang reramai camtu..silap silap haribulan upin ipin ntah kemana mummy and daddy gadoh plak!hahahah..

so kami tukar plan untuk pergi ke Setia City Mall Shah Alam..mummy suke gi situ sebab tempat dia besar and parking pun senang.

..tapi kami keluar pun tak lama..kejap je..nak bawak aiyan jenjalan kat molly fantasy tu..sebab petang tu kami ke rumah tok uncle aiyan kat kiara view..

so enjoy la tengok gambar kami ni ye..hihihi..abaikan mummy yang debab tuh!

* * * * * * * * * * *

 my little family

 daddy and mummy

 ecececeh..konon mandang tempat lain la tuh!

seronok ye sayang?

2 years 2 month

 besaqnya mata!

 daddy tunggu kat luar ye..aiyan nak main jap!

pandainyaaaaa anak mummy!!

 mummy lupe ape nama eskem tu..tapi siyes..mmg panjang!dalam kon aiskrim tu memang penuh dengan aiskrim tau..bestt!!

 dah sampai umah tok uncle..merajuk sebab mummy tak kasi mandi pool..
tapiii......

 ..akhirnya mandi jugak secara berjemaah dengan sepupu sepapat aiyan yang lain..
muke daddy tu apsal?eiii tak malu nampak nenen!

umah baru tok uncle best sebab ade bilik karaokeee!

* * * * * * * * * * *


Petua Elak dan Menyembuhkan Selsema

Assalamualaikum viewers!

harini mummy nak bagi info sikit pasal petua nak elakkan selsema..bukan ape..mummy tengah selsema teruk ni..sebab berjangkit dari Aiyan haritu..mummy bagi petua ni pada mereka yang dah dapat rase dia nak kene selsema..mummy tak sempat nak elak..dah kenaa!hahahahaha.

..oke ni ade sikit petua tau..info ni ade dari pada mak mummy and encik google..nanti bolehla ikut mane yang rase termampu..tak salah kalau kita mencuba kan kan kan..?sepp sikitt!

1. Mandi air suam di waktu petang. Kemudian amalkan minum air halia seminggu sekali. Selain itu, cucilah lubang hidung dengan air bersih setiap kali mandi.

2. Manakala kalau sudah dijangkiti selesema, di antara petua untuk menyembuhnya adalah seperti berikut:

Pilihan 1 : Ambil sebuku halia yang telah dibersihkan. Hidu baunya.

Pilihan 2 : Ambil secawan air didihan beras (waktu mendidih). Tunggu sehingga suam dan barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering tekak itu sembuh.

Pilihan 3: Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.
 *ni macam rumit sikit.untuk mummy yang pemalas ni..nann hadooo!!*

Pilihan 4: Selsema pada musim hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

...haaaa tu dia ade a few yang boleh kite follow..kalau ade style sendiri dan mujarab sila teruskan and boleh share dengan mummy ok!

selamat mencuba semua!

* * * * * * * * * * *

mowtif daddy snap gambar mummy ketika tengah menghembuskan hingusan hijauuu???

* * * * * * * * * * *

Friday 21 November 2014

Rindu Mummy ke idok???

Da berkurun rasenye mummy tinggalkan blog ni..aiseh..sebenarnya bukan ape..lupe password..hahahahahahaha..banyak sangat urat putus..kahkahkahkah.

alaaa mesti rindu yang membuak buak kat mummy kann..curlas!

hah ape??bukan mummy??

dah tu kalau bukan rindu mummy..rindu sape?aiyan??

..ok fine! *flip tudung*

hahaha..ok ni mummy nak cite baru baru ni aiyan dapat offer dari Baby Kiko tuk jadi model 2015 new collection dierang and tuk RTM tahun depan..Alhamdulillah aiyan tak meragam sangat,cuma dia agak moody bile orang asyik nak pegang dia.. *diva sangat aiyan ni*

ade a few je gambar yang mummy sempat snap..almaklumlah..aiyan kan handbag bergerak mummy..so mummy asyik mengangkuttt je dia kat pinggang mummy ni..sampai macam kerengga dah pinggang mummy ni!..

..oke yang tu tipu! :P

lokasi penggambaran kat Quill City Mall..cantik tempat dia.tempat baru kan mestilah cantekk!

* * * * * * * * * * *

ni kami baru sampai..aiyan baru bangun tido..so kena bagi dia warm up dulu..hehe..kalau tak dia mesti meragam.

 haaa nampak nampakk!dah oke da tu skittt! yeayyy..

 sesi menukar baju Baby Kiko

 naseb dia tak nangis..risau jugak kalau dia nangis..hurmm..

 mainan aiyan pun mummy bawak..nak pujuk la katekan!

 haaa..aiyan in action..yeayy!
hensemnye anak mummy ni..*chupchup*

zaman mummy dah berakhir..kini anak mummy plak yang amik takhta..hahahaha..

* * * * * * * * * * *

lepas abis shooting..mummy pun belanja aiyan main ikut suke dia..yelaa dia da penat bekerja..hahahahahah..so upah la sket kat anak bujang mummy nii..sian dia!

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar and baik..untuk KIKO,terima kasih sebab panggil aiyan tuk jadi model KIKO 2015..

InsyaAllah aiyan akan keluarlah gambar aiyan tahun depan!