Tuesday 29 October 2013

Suami :)

Entry rindu rinduan..vole?

..to my beloved handsome husband..i love u so much..till jannah insyaALLAH.

* * * * * * * * * * *


* * * * * * * * * * *

Friday 25 October 2013

It's a Friday!!


Tugas seorang mummy adalah tugas yang mulia

..Uwargghhhh!!!..

Mata mummy bagaikan digam gam pagi ni..ngantuk sangattttt! malam tadi mummy buat keje OT..haaaa jangan pk bukan bukan!bukan OT ngan daddy..tapi OT menjaga anak mummy yang super aktif tuu!!uwaaa..pagi ni da ngantuk gilos da..mummy rase mummy jalan tadi pun sambil tutup mata..nasib tak jatuh tergolek depan escalator opis nih..kalau tak..oh alangkah buruknyeee kejatuhan mummy yang debab nih!

..kejadian malam tadi bermula pada tepat pukul 1 pagi..time tu mummy ngah mengeliat  ngeliat nak bambam..tetibe pulakkkkkk la aiyan bangun then terus nangis..apa lagi terus duduk la dia.

so main sekejap dalam 1 jam..tetibe dia cakap 'mamam'..pastu dia sumbat control air cond lam mulut dia..alololololo!kesian betul budak tecik nih..

mummy tengok peti sejuk pun mcm ade tak de je benda nak dimasak..so mummy toast kan roti untuk aiyan..

..tapi mummy kecundang!sebab aiyan taknak makan roti ponn..so mummy suh daddy abiskan.hahaha..

oke ini info : untuk pengetahuan semua yang belum kawin or belum ada pengalaman ada anak..ketahuilah bahawa time anak taknak makan apa yang korang masak or tak abis apa yang dierang makan..korang ni akan menjadi tong sampah yang terhebat!eventho korang baru pas makan..mesti boleh abiskan.tau sebab apa??sebabb..taknak membazir..so thats why la mummy sihat bagaikan johan ni!!hahahah.sentap kejap pikir bilalah mummy nak kurus nih..haihhh!

so pas aiyan taknak makan roti, mummy pun buat scramble egg 2 bijik..
..Aiyan makan sampai habiss!!betul lapar anak aku nih!..
Pastu nak dijadikan citer..daddy pun manjamanja gedik nak lapar jugak cam anak nyer..so mummy pun buatkan burger..sambil tutup mata.bukan sebab pro tau! sebab da ngantuk giloss..hahaha.
..tapi daddy kata..uihhh sodap la yang!
 ..daddy nih ntah paper ntah..burger je kot!
haa..tu baru mummy buat sambil tutup mata.kalau bukak mata??!!..haaaa...sedap ya ampun la maknenyee..!hahahaha

..lepas aiyan n daddy abis makan..aiyan still taknak tido lagi,so sambung main sampaiiii la pukul 4.00 pagi..mata mummy da super panda okeh! kul 4 lebih barula dia ngantuk and sumbat ekor MooMoo dia kat hidung..mummy taulah dia da ngantuk..buatkan susu then terus pengsan..!mummy and daddy juga pengsan..tak dapat memanfaatkan Khamis malam Jumaat..hahahahahah..ngek betul!

Bila tengok aiyan and daddy tido sambil kekenyangan..mummy pun rasa puashati!

..I will do anything for both of u! biarpun sampai takyah tido..ngeeee! T_T

* * * * * * * * * * *

sila lapar sekarang

* * * * * * * * * * *

ok bai.mummy nak tido sebab nak kaver malam tadi punye tido..ahaks!

Thursday 24 October 2013

Tempting sungguh!

Korang tau rainbow cookies??alaa nama melayu dia biskut lidah kucing rainbow..pandai buat??hebatt!!

..mummy baru nak trytry ni..hikhik mummy teruja gilos nak blaja buat rainbow cookies ni..macam macam resepi mummy google..taktau mana satu yang sedap..jom korang tengok picture ni barang seketoi dua.sure korang pun teruja gilos tahap cipan..cam mummy teruja skang..eh??

hahahaha..jap..!

* * * * * * * * * * *




* * * * * * * * * * *
..ekceli colour dia yang buatkan dia terlalu sempurna..kan?!
..nak blajalah!! :) sesape yang nak buat jugak..ni mummy copy resepi from another blog..so uolss bolehla cuba resepi akak ni ye..hikhikhik..

Biskut  Lidah Kucing Rainbow

Bahan
 250 gm Butter
175 gm gula Kastor
100 ml putih telur
200gm Tepung Gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu emplex (perangup biskut)

Warna : Unggu, Biru, Hijau, Kuning, Oren dan Merah





CARA


1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex dan ketepikan.

2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukkan telur sedikit demi sikit hingga 
    sebati.

3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi didalam adunan dan pukul sebati.

4. Bahagikan adunan  kepada 6 bahagian dan warnakan mengikut warna rainbow

5. Masukkan kedalam piping bag yang telah di letakkan nozel no 8 

6. Panaskan Oven 150C dan bakarlah selama 15 minit atau sehingga masak dan ranggup.

7. Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.




MEMANG larissss sangat biskut ni, jadi sesiapa yang tak nak try memang rugi lah ya, tapi mesti kena ada acuan Lidah Kucing ni baru senang, kalau adik2 nak tahu kak Noor sampai cari acuan ni kat SINGAPORE dah kebetulan bawa anak2 tapi tak jumpa, masa balik singgah KL ada kawan bawa kat kedai bakery BAGUS tu memang bagus sungguh lah sebab kat sana memang banyakkk acuan ni, tak sia2 akak singgah KL sebelum balik BRUNEI



..selamat mencuba uolsss!..nanti share sikit ngan mummy okeh! :)..

Wednesday 23 October 2013

RinduRinduan

..alamak!macamane ni..mummy rindu kat dierang laa!!

sape??..sape lagi..opismate mummy doludolu..haihh..rindunyaa.. :(

* * * * * * * * * * *

yang freehair tu nama dia kak Awin + yang bertudung tu Bonda Syahda

* * * * * * * * * * *

.."Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything." ― Muhammad Ali

..jom jumpe and gosipgosip puhlezz?!.. :( 

Sri Munawwarah Press Conference

ehh..mummy tak taulah penyakit malas ni slalu betol dtg!simtem org debab kot!!

..grrrr..okeh mummy nekad nak kurus after this..puhlezz semangatttt!teruslah bertakhta dalam mind set mummy..puhlezzzzz!!

semalam mummy ade kat TTDI Sri Munawwarah, sebab ada press conference..so AlHijrah pun dtg shoot kat sane..byk wartawan n orang orangan disitu..salah seorang nye ialah mummy yang comel bambam ni..hahah..weii siyeslaa..mummy nak kurus betol ni!!

jap ye..mummy upload gambar semalam..

* * * * * * * * * * *

 model munawwarah dalam mimpi..vole?haha

 mummy wif gadisgadis AlHijrah..ah! so sopan mummy di situ.ngehh!

 dapat jumpe kak Nora..sangat cantik n baik pulak.by the way..dia ciom pipi karat mummy ni haaa..pengsan kejap!

 Ghau ghau katenye..sporting!

 ini wife abg Corrie..kenal abg Corrie tak?alaaa yang cina masuk islam tu..haa inilah wife dia.dia tak dpt dtg semlam sebab ada hal..so wife dia wakilkan..so comel bini dia.
:)

yang ni pulak..adik ustaz Allahyarham Asri Rabbani tu..kalau tak silap nama dia ustaz Ghazali kot..kotlaa!

* * * * * * * * * * *

So balik je dari PC tu..mummy kena panggil lagi ngan orang production untuk buat voxspot..mummy pun taktau ape kejadahnye voxspot tu mula mula..last last baru tau..benda ni ala ala interview gittew..hahah ngok jugak mummy ni..!

kadang kadanglaa..hahahaha!

..so nanti kalau nak tgk mummy..bolehla tgk kat TV Alhijrah on this Friday 25 Oktober 2013 dlm rancangan Belanjawan 2014 pada pukul 3.00 petang..

..sape dah tengok jangan gelak tau!kalau gelak mummy sumpah kang!

* * * * * * * * * * *

haa..sila abaikan siper mummy yang sangat cantik tu..alaa masuk tv tak nampak kaki pon..hahahah.

* * * * * * * * * * *

..ermmm..ok bai! :)

Monday 21 October 2013

New Hairstyle..rock oo!!

Hahahaha..mummy n daddy da datang gila dia..tau kiterang buat ape??

haaa..ni dia..alaa just for fun je.tak bermaksud ape ape pun!

tapi last last rase cam cute plak past mendajal rambut anak camni..hahaha


* * * * * * * * * * *
sebelum kejadian terjadi..miahaha

selepas kejadian terjadi..hahaha

..then,pas dia nangis potong rambut tu terus mummy hulur cermin..nahhh!!

seronok bukan main!sengeh sengeh macam kerang busuk aiyan tgk diri sendiri..hadoiii anak!
..ekceli mummy suke tgk rambut si Arjuna anak Fynn Jamal tu..tu yang mummy nak aiyan buat rambut camtu gak..tapi nampak gayanya mcm ade ahli keluarga yang tak bape nak berkenan..

alaaa...bagila cannnn!bukan nye selalu punn..!!yelaa yelaaa..ni last laa..

*tembak diri sendiri*

esok mummy ade press conference kat TTDI..nanti kalau muka mummy masuk paper roger mummy yek..hahahaha!yang haddoooo!

eh eh..sebelum tu mummy lupela nak memperkenalkan diri mummy yang sedia tak brape nak kenal ni..haha..

inilah mummy a.k.a mummy aiyan a.k.a isteri dzul adha..haaa..takyah puji lelebih..mummy tau mummy agak comel..kembang badan mummy nanti!hahhahaha..

PASAN!!

..mehla berkenalan ngan mummy blogger ni..hehehe..

* * * * * * * * * * *


post di Al Hijrah perlu ada ye..hehh jakun!hahaha

haah..mmg pun ini iklan gigi semata.nape jeles??hikhikhik

ok..nanti mummy free mummy sambung lagi tau!korang sume gi buat kje dulu..ok bai!.


 

Oh Weekend!

hi uolss..semalam buat ape?
wahhh..bestnyee..!!
mummy tak gi jenjalan pun semalam..almaklumlah gaji belom masuk lagi..hehehe..

eiii..tetibe takde mood lak nak type..gile malas..org malas pun tak gile mcmni..sigh!

oklah..mummy nak tido dulu..

bole??hahahaha..

oklah oklah..mummy cite sket..ni mummy upload gambar photoshoot aiyan..alhijrah nak gambar aiyan..comel katenyee..eh mestilah!kan ikut kecomelan mummy..eh??hahah.

mood rindu sudah mareyyyyy..!mummy rindu aiyan!

* * * * * * * * * * *








Monday 7 October 2013

Welcome to TV Alhijrah

hehehe..ye betul betul!mmg mummy keje kat sini sekarang!

Seronok??

Alhamdulillah seronok.new enviroment,new colleague,new boss.new salary..hehehe.
mummy baru start last tuesday aritu. 1Oktober 2013.

Keje kat sini, ari ari mummy nampak retis.rase cam da muak plak.cuma mummy blom jumpe ngan Ustaz Don lagi..mummy suka lah tgk ustaz Don kat tv..dengar ceramah laa,bukan ape pun!haishhh bukan minat personally tau..nanti majuk plak daddy.heheheeh.

Sebelum masuk keje kat TV Alhijrah ni, mummy jadik suri rumah tangga sepenuh masa selama sebulan. bukan ape..saje je nak duk umah ngan anak bujang mummy yang comel tu...huhu..aiyan laa sape lagi!

Tapi siyeslaa..kalau da lame sgt duk umah kan..mmg rase berat sgt ati nak tinggalkan anak.mmg sedih gilos!

Kalau korang nak tau, pagi on 1st Oktober tu pas ummy da siap mandi mandi solat pakai baju..aiyan tibe tibe terbangun..aisehh!!

..tapi dia tak nangis.dia duduk pastu gosok gosok mata then terus berdiri nak turun dari katil tu.mummy tanya..aiyan nak g mana..pastu dia tunjuk pintu..ok mummy pahamla yang dia nak kuar.

So lepas tu dia terus gi bilik atuk dia, mummy pun suprise sbb dia macam paham paham mummy nak tinggalkan dia.then sementara tunggu daddy siap..mummy pun buatkan susu n tukarkan pampers dia..

..dia tersengih jeee..then mummy pun salam atuk n ummie aiyan..

Tibe tibe aiyan pun hulur tangan dia kat mummy mintak mummy salam dia..
..oh sayang!im so touched!!..

mummy peluk dia ckp jgn jadi budak noty tau..dia pun angguk!pastu mummy kuar je dari bilik atuk aiyan..terus dia nangiss..!

mummy pun dukung dia sampai pintu depan.then atuk dia amik aiyan baru dia nak..

Sampai lam kete daddy pun da tunggu..mummy ape lagi..melelehhh arr!!
.uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa....sedihla tinggalkan anak kat umah!!rindu nak bau tengkok masham dia ketiak masham dia, nak bergurau ngan dia..nak bagi dia makan.basuhkan poopoo dia..semua lah!!

Daddy pun tenangkan mummy..nanti balik boleh main ngan aiyan lagi.sob sob sob!

..Tapikannn daddykannn sangatttt baik dan sangat memahami..!!

Nak tau kenape??huhuh..time petang mummy nak balik tu..daddy dtg jemput mummy..

..dia bawak aiyan sekalii..!!yahooooooooooooooo!!somemore aiyan tak mandi lagi okeh!sangat sukee!!bau bauan tu lagi mahal dari perfume gucci mummy..!!

nampak mummy masuk lam kete je terus dia menjerit seronok..mcm jumpe kawan lama gittew!hahahha.

So far da seminggu keje ni mummy da ok sket da..tapi still rindu rinduan..

oklah mummy sambung buat keje dulu ye.nanti mummy free mummy update lagi.bye uolss!